it's a daisy!

say hello to a girl that i am. you gonna see the world tru my perspective. I am gonna make mistake just to learn who i am. I love each day of mylife.

Monday, May 24, 2004

hye daisy, today is fine weather and i'm grateful for this bless. the health, love that surround and this life. not everyone is fortunate in this world.
all the love in the world.

Suasana di sebuah rumah di Taman Melor, Ampang pada hari itu agak tenang. Keadaan keliling sunyi sepi, sesekali kedengaran bunyi enjin kereta berlalu sambil mata pemandunya melirik seketika ke arah rumah teres yang mula didatangi beberapa tetamu.

Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki bersama seorang budak perempuan yang kelihatan takut-takut dan memandang suasana keliling dengan resah.

Dia memaut erat tangan lelaki yang memegangnya itu, sesekali dia mendongak dan merenung wajah lelaki tersebut. Setelah tangannya ditepuk-tepuk dan lelaki itu mendakapnya dengan mesra, dia kembali tersenyum.

Kedatangan mereka disambut mesra oleh tuan punya rumah yang dari jauh memberi salam dan menghulur tangan untuk bersalaman, sayangnya budak perempuan itu masih takut-takut dan berlindung di belakang lelaki yang membawanya itu.

Setelah berkata-kata dan memujuk seketika, budak perempuan itu perlahan-lahan meleraikan tangannya daripada lelaki yang memegangnya itu lalu segera disambut oleh wanita tadi dengan penuh mesra.

Dalam beberapa minit sahaja, Noorhatikah Abd. Rahman, 7, mula dapat menyesuaikan diri dan menerima kehadiran ibu angkatnya yang baru, Norlina Alawi, 37, yang sanggup mengambil alih tanggungjawab menjaganya, selagi hayatnya ada.

Noorhatikah adalah di antara anak-anak malang yang hidup tersisih akibat kesilapan ibu bapa yang menghidap AIDS kerana memperhambakan diri kepada dadah.

Kedua-dua ibu bapanya difahamkan telah meninggal dunia dan Noorhatikah ditinggalkan bersama nenek dan datuknya yang telah tua.

Faktor usia menghalang datuk dan neneknya untuk terus menjaga Noorhatikah khususnya dari sudut penjagaan kesihatannya, tambahan pula masyarakat keliling memandang serong kepadanya, termasuk pihak sekolah yang menganggap kehadiran Noorhatikah sebagai membawa penyakit yang membunuh. Anak malang yang ingin menimba ilmu itu dipulau dan diketepikan. Begitulah kejamnya manusia yang sepatutnya mendidik tanpa mengira status dan keadaan seseorang itu, apatah lagi seorang kanak-kanak yang tidak berdosa!

Akibat kehidupan yang tidak menentu, Noorhatikah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim Kedah dan ditempatkan di Rumah Kebajikan Ozanam untuk sementara waktu.

Setelah mendapat khabar Pernim ditubuhkan, pihak JKM dengan segera menguruskan kemasukan Noorhatikah ke pusat tersebut kerana yakin, Noorhatikah akan gembira tinggal di situ kerana ia lebih sesuai untuk dia meneruskan hidupnya.

Demikian perjalanan hidup yang dilalui oleh Noorhatikah dalam usia yang masih muda. Seperti kanak-kanak lain dia tidak minta dilahirkan begitu namun ketentuan Tuhan tiada siapa dapat menghalang.

Pun begitu, masih ada insan-insan berhati mulia yang sanggup berkorban untuk membela dan melindungi anak-anak tidak berdosa ini atas dasar kemanusiaan.

Sikap prihatin dan kasih yang ditunjukkan oleh Pegawai JKM Kulim, Kedah, Mohd. Djeriento Jepon, 30, dan Norlina Alawi patut menjadi contoh kepada kita untuk bangkit melakukan keajaiban bagi meneruskan kehidupan kanak-kanak malang tidak berdosa ini.

Menurut Mohd. Djeriento, Noorhatikah masih takut-takut kerana sejak dua tiga hari berada di JKM tidak seorang pun pegawai yang berani menyentuh atau memegangnya, malah kebanyakan mereka melarikan diri.

``Saya kesian melihat keadaannya yang memerlukan seseorang untuk bermanja, apatah lagi melihat matanya yang redup merenung wajah saya, tak sampai hati sungguh...'' kata D'jeriento.

Kenapa Noorhatikah tidak mahu melepaskan Djeriento dan memeluknya dengan erat menjawab pertanyaan kita bahawa dia perlukan perhatian dan kasih sayang.

Mungkin terlalu awal baginya mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang ditakuti manusia namun masih ada ruang buat kita sebagai manusia untuk memberi kasih sayang kepadanya.

Seperti juga Mohd. D'jeriento, Norlina turut terpanggil melakukan pengorbanan ini atas rasa insaf dan hati yang ikhlas.

``Saya bersedia memberikan segala yang diperlukan oleh Noorhatikah dan anak-anak HIV yang lain daripada seorang ibu, terutama kasih sayang, sama seperti apa yang saya berikan kepada anak-anak kandung saya,'' ujarnya.

Malah, ibu kepada enam cahaya mata yang berusia antara tiga hingga 14 tahun itu kini meneruskan usaha membiayai persatuan berkenaan dengan pendapatan daripada perniagaan katering yang beliau usahakan.

Menurut Norlina, kehadiran Noorhatikah tidak langsung membebankan dirinya kerana sebelum ini dia telah mempunyai tiga anak angkat mangsa HIV positif yang dipeliharanya seperti anak sendiri dengan persetujuan suaminya, Roslan Zakaria, 38.

Beliau juga berharap masyarakat setempat tidak memandang serong akan usahanya dan membantu beliau dalam meneruskan usaha murni itu.

``Walaupun penduduk setempat di sini enggan memberikan bantuan dan membuat `tidak tahu' di atas usaha yang saya lakukan ini, saya berharap dan berdoa supaya satu hari nanti, Allah taala akan membuka pintu hati mereka untuk membantu dan memberi sokongan kepada saya,'' katanya