from utusan malaysia.
``BIOTEKNOLOGI dalam pertanian dan makanan sangat penting kerana kawalan terhadap pertanian pada masa hadapan ialah menerusi penguasaan teknologi genatik. Mereka yang menguasainya akan mengawal dan menjaga keuntungan yang dibuat oleh petani,'' kata Profesor Adrienne Clark, seorang pakar pertanian terkenal Australia.
Clark percaya Australia boleh mewujudkan masa depan ekonominya pada abad ke-21 hanya jika kerajaan menggalakkan rakyatnya memajukan serta menguasai khazanah intelek itu.
Realitinya nilai permintaan ke atas bioteknologi dunia begitu positif dengan jangkaan mencecah sehingga AS$50 bilion menjelang tahun 2005. Ia merupakan satu peningkatan sebanyak 150 peratus berbanding permintaan 10 tahun yang lalu. Pada tahun 1995, ia bernilai hanya AS$20 bilion. Malah satu peratus daripada perdagangan bioteknologi global pada tahun 2010 nanti dianggarkan mencecah kira-kira AS$17.6 bilion. Tukarannya dalam ringgit Malaysia ialah RM66 bilion.
Antaranya kerjasama dengan Jepun pada tahun lepas yang akan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Luar Jepun (JETRO) serta Dewan Perdagangan dan Industri Jepun di Malaysia (JACTIM). Begitu juga dengan komitmen positif Pusat Bio-Teknologi Universiti Beijing, pusat unggul dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) berkaitan bioteknologi, yang bersedia memberi kerjasama dalam menjayakan projek Lembah Bio Malaysia di Dengkil, Selangor dengan menempatkan operasi mereka di Malaysia.


<< Home